Maklumat Utama

Program ini diperkenalkan untuk melahirkan graduan yang kompeten dan tenaga kerja mahir dalam bidang perbankan dan kewangan Islam untuk memenuhi permintaan pasaran samaada di peringkat domestik dan antarabangsa. Program pengajian ini merupakan kursus pengajian yang berasaskan bidang pengurusan perniagaan dengan memfokuskan kepada bidang-bidang perbankan dan kewangan Islam.
Antara mata pelajaran pengkhususan dalam bidang perbankan dan kewangan Islam termasuklah Asas Muamalat, Muamalat Kontemporari, Institusi Kewangan Islam, Dasal Fiskal Dan Kewangan Islam, Dasar Perundangan Kewangan dan Perbankan Islam, Teori Dan Praktis Perbankan Islam, Sistem Kewangan Islam, Tadbir urus Korporat dalam Institusi Kewangan Islam, Dinar Emas, Analisis Pelaburan Islam dan lain-lain.
Program ini turut diperkenalkan dengan kursus-kursus pengajian Islam seperti Dasar Perundangan Islam, Pengajian Islam, Bahasa Arab, Al-Quran dan lain-lain yang mana kursus ini akan menjadi nilai tambah kepada graduan lulusan program ini. Program pengajian ini bakal melahirkan graduan yang mampu menganalisa dan menyelesaikan isu-isu dan permasalahan yang wujud dalam persekitaran perniagaan dan menyelesaikannya secara teori mahupun praktikal tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan pengurusan kewangan dan perbankan Islam.
Prospek Kerjaya

Bidang kerjaya merangkumi sektor Pentadbiran, Pemasan , Operasi, Umum, Sumber Manusia.
Kerjaya lain seperti Usahawan, Eksekutif Bank , Penasihat Kewangan, Perancang Kewangan, Penasihat Pelaburan, Wakil Dana Amanah, Pengurus Harta, Pensyarah Dan Tutor Dan juga Pengurus Agensi.
PELUANG MENYAMBUNG PENGAJIAN :-
– Boleh sambung ke peringkat ijazah Pendidikan Awal Kanak-kanak di UKM, UPSI, UNITAR,
UMS, KUIS, KUIM, MSU dan lain-lain.
*Syarat kemasukan LULUS STPM dengan Gred C (PNG 2.00) dalam mana-mana 2 matapelajaran Dan LULUS Matematik Dan Bahasa Inggeris SPM atau
LULUS STAM dengan gred minimum Jayyid (Baik) Dan LULUS Matematik day Bahasa Inggeris SPM atau
Diploma dalam muamalat Dan Kewangan Islam dengan minimum PNGK 2.5 (Calin yang mendapat 2.5 ke bawah boleh diterima tertakluk kepada penilaian dalaman) atau mana-mana diploma lain dengan minimum PNGK 2.5 atau
Kelayakan lain yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia, seperti APEL.
Sijil Matrikulasi / Asasi Dungan minimum PNGK 2.00 dan LULUS Matematik SPM.




Asas Keusahawanan
Asas Pengurusan
Tamadun Islam & Tamadun Asia (TITAS)
Bahasa Melayu Komunikasi II
Matematik Pengurusan
Al Quran I
Bahasa Arab I
English For Specific Purposes
Kokurikulum I

Introduction To Financial Accounting
Asas Pemasaran
Hubungan Etnik
Pengajian Malaysia
Asas Statistik
Bahasa Arab II
Reading and Writing For Academic Purposes
Al Quran II
Kokurikulum II

Iqtisad Fi Al Quran
Institusi Kewangan Islam
Mikroekonomi
Gelagat Organisasi
Perancangan Kewangan Peribadi
Asas Muamalat
Public Speaking

Iqtisad Fi Al Sunnah
Sistem Kewangan Islam
Pengurusan Kewangan
Makroekonomi
Pengenalan Kepada Pengurusan Perakaunan
Kemahiran Menulis /Pengucapan Awam
Khidmat Masyarakat

Dasar Fiskal & Kewangan Islam
Kewangan Perdagangan Antarabangsa
Pengurusan Kewangan Korporat
Pengurusan Kredit & Pinjaman
Pengurusan Risiko Islam
Undang-undang Perniagaan
Dasar Perundangan Islam

Kertas Projek / Latihan Industri
Kelebihan Program
Islamisasi ilmu antara konventional dan islamik.
Component Al-Quran dan Bahasa Arab.
Pendedahan kepada industri Islamic Finance Lecturer Series (IFLS)
Prasarana yang kondusif

Alumni Kami





