Maklumat Utama

Program ini kekal sebagai salah satu program yang sangat dicari di kalangan pelajar yang menjalankan program diploma, memberi latar belakang pelajar tentang fakta-fakta dan pengetahuan perniagaan di mana mereka membina kerjaya dalam perniagaan. Program ini juga menyediakan pelajar untuk program Ijazah Sarjana Muda khusus dalam pelbagai bidang perniagaan. Program 2 ½ tahun iaitu 5 semester ini merangkumi pelbagai kursus. Ini termasuk kajian perakaunan, ekonomi, pemasaran, pengurusan, matematik dan statistik, bahasa dan komunikasi, teknologi maklumat dan asas undang-undang
Prospek Kerjaya

Pemegang diploma ini boleh terus masuk ke dalam semester ketiga program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan di Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM). Graduan juga boleh melanjutkan pengajian di mana-mana universiti tempatan atau luar negara.
Graduan boleh menceburi bidang kerja penyeliaan, pengurusan serta tugas penolong pegawai di sektor awam atau swasta.
* Syarat kemasukan Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris & Matematik/Matematik Tambahan.
Atau:
Lulus program Pra Diploma Perdagangan (PD002/PD003) dari UiTM


Integrated Language Skills: Listening
Fundamentals of Islam
National Kesatria 1
Financial Accounting
Business Mathematics
Fundamentals of Management
Third Language I

Integrated Language Skills: Reading
Islamic Thought Civilization
Public Speaking I
Introduction to Cost Accounting
Microeconomics
Fundamentals of Marketing
Business Communication
Third Language I

Fundamental of Islamic Economics
Public Speaking II
Integrated Language Skills: Writing
Introduction to Statistics
Macroeconomics
Information Technology in Business
Creative and Critical Thinking

Business Law
Fundamentals of Finance
Operations Management
Fundamentals of Transport
Principles of Public Relations
Organizational Behaviour

Fundamentals of Entrepreneurship
Malaysian Economics
Risk and Insurance
Human Resources Management
Investment Management
Introduction to International Business

Latihan Industri

Alumni Kami





