Maklumat Utama

Sejajar dengan perkembangan dunia IT, Diploma in IT System Support (DITSS) Kolej UNITI menjadi bidang yang sangat penting dan berdaya saing untuk membangun dan memperbaiki negara. Melalui program ini, pelajar akan didedahkan kepada aspek utama yang meliputi bahasa pengaturcaraan berasaskan web dan antara muka serta pengurusan data.
Di samping itu, para pelajar akan berpeluang untuk mempelajari kursus-kursus lain seperti Multimedia, Rangkaian Komputer, Reka Bentuk Grafik, Keselamatan Komputer dan lain-lain dengan menggunakan perisian komputer yang dikemas kini berdasarkan keperluan semasa dalam bidang IT.
Pembangunan sukatan pelajaran DITSS merangkumi keperluan semasa dan dilengkapi dengan Linux Professional Institute Certification (LPIC) untuk Linux Essentials dan ujian 101 dan 102 diiktiraf oleh Institut Profesional Linux (LPI) sebagai nilai tambah bagi pelajar untuk mempersiapkan diri mereka untuk dunia kerja.
Prospek Kerjaya

PELUANG KERJAYA : Bidang termasuk Teknologi Maklumat, IT System Support Technician, Linux Junior System Engineer, Sains Komputer, Multimedia, Web Developer, Pendidikan & lain-lain.
– Selain itu, Graduan yang berkemahiran mengajar & menghasilkan produk Networking.
PELUANG MENYAMBUNG PENGAJIAN :-
– Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Network Technology, Sains Komputer, Teknologi Maklumat, Kejuruteraan Perisian, Computer Education, Keselamatan Rangkaian atau Keselamatan Sistem Komputer.
* Syarat kemasukan – Lulus SPM dengan TIGA (3) kredit termasuk Bahasa Malaysia dan Matematik
–Mempunyai sijil dalam bidang yang berkaitan dari institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan
Malaysia


Pengaturcaraan Komputer
Pengenalan Kepada Teknologi Maklumat
Organisasi Komputer
Foundation English
Pengajian Malaysia 2
Pendidikan Islam / Manusia Dan Agama

Sistem Pengoperasian
Pengaturcaraan Visual Basic
Matematik Diskrit
Keusahawanan
Intermediate English
Kokurikulum 1
Pengantar Pemikiran Kritis & Kreatif / Bahasa Kebangsaan

Data Komunikasi dan Rangkaian
Pengaturcaraan Berorentasikan Objek
Permodelan Pangkalan Data
Sijil Profesional Linux Essentials
Asas Fotografi / Penerbita Desktop
English for Academic Purposes

Pengaturcaraan Internet
Sijil Profesional Linux Server Tahap I – Modul LPI 101
Sistem Multimedia / Sekuriti Web
Professional Communication
Kokurikulum 2
Etika Dan Moral Di Malaysia

Rangkaian dan Perkakasan Komputer
Rekabentuk dan Analisis Sistem
Pengurusan Projek
Sijil Profesional Linux Server Tahap I – Modul LPI 102
Pembangunan Aplikasi Mobil / Internet dan Cloud Computing
Khidmat Sosial

Latihan Industri
