Maklumat Utama

Pertumbuhan industri Kewangan Islam semakin berkembang dengan pesat, dan ini memerlukan lebih ramai graduan dalam industri ini. Diploma Pengurusan Muamalat memberikan pelajar pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan, dengan tumpuan kepada asas-asas Kewangan Islam.
Pelajar juga boleh memperoleh pemahaman yang lebih baik mengenai pelaksanaan secara praktik prinsip kewangan Islam di dunia realiti. Apabila program selesai, pelajar akan memiliki kemahiran industri yang sedia ada dan pengetahuan akademik yang akan memberi mereka kelebihan untuk berjaya dalam industri Kewangan Islam.
Prospek Kerjaya

PELUANG KERJAYA :
Bidang kerjaya merangkumi sektor Perbankan, Ekonomi / Kewangan, Pengurusan Harta Islam (zakat, faraid, wakaf, takaful), Insurance dan lain-lain.
PELUANG MENYAMBUNG PENGAJIAN :–
– Ijazah Sarjana Muda Kewangan & Perbankan Islam, Ijazah Sarjana Muda Perbankan
dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan Muamalat, Ijazah Sarjana Muda
Pengurusan Risiko dan Insuran, Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Pentadbiran Muamalat,
Ijazah Sarjana Muda Kewangan dengan Kepujian
*Syarat kemasukan
-Lulus SPM dengan 3 kredit kepujian dalam mana–mana subjek dan LULUS Matematik & Bahasa Arab (Syarat Lulus Bahasa Arab akan diganti dengan SIJIL INTENSIF BAHASA ARAB bagi pelajar yang gagal atau tidak mengambil Bahasa Arab SPM) atau
-Lulus O-level dengan Gred C dalam 3 subjek dan Lulus Matematik, atau
– Lulus STPM dengan Gred C (NGMP 2.00) dalam 1 subjek, atau
– Lulus STAM dengan Gred Maqbul


Tasawur Islam
Introduction to Economics
Bahasa Arab Perdagangan I
Principle of Marketing
Principle of Management
Business Communication I
Etika & Moral di Malaysia

Bahasa Arab Perdagangan II
Business Communication II
Ko-Kurikulum
Fiqh Muamalat
Business Mathematics
Fundamentals of accounting
Pengenalan Sistem Kewangan Islam

Business Statistics
Usul Fiqh
Pengajian Malaysia
Fundamentals of Finance
Islamic Accounting
Computer Application in Business
Pengantar Pemikiran Kritis & Kreatif

Qawaid Fiqhiyyah
Fundamentals of Takaful
Islamic Banking
Ekonomi Islam
Commercial Law
Finance of International Trade

English for Academic Purposes 3
Islamic Banking Operations
Investment Management
Lending Assessment Management
Islamic Management
Khidmat Sosial

Latihan Industri
