Maklumat Utama

Diploma Pengurusan Industri Halal memberi tumpuan kepada pembangunan pengetahuan dan pelaksanaan amalan halal di industri yang berbeza di Malaysia terutama operasi perkhidmatan makanan dan pengurusan serta penyediaan perkhidmatan terbaik kepada tetamu. Ia adalah disiplin pengajian yang memerlukan graduan untuk dapat menunjukkan pengetahuan, pemahaman dan kebolehan dalam menyediakan perkhidmatan halal yang cemerlang serta memastikan amalan halal dilaksanakan dalam keseluruhan gambaran industri halal di Malaysia. Pelajar akan dipersiapkan dengan asas yang kukuh Eksekutif Halal dalam pelbagai bidang di industri Halal
Prospek Kerjaya

PELUANG KERJAYA :
– Bidang kerjaya merangkumi sektor Pendidikan, Pengilangan atau Perkhidmatan
(makanan atau bukan makanan).
– Selain itu, graduan boleh memilih kerjaya sebagai Audit Halal, Eksekutif Halal,
Penyembelih Halal, Produk & Perkhidmatan Halal, Usahawan, Pengawal Kualiti,Inspektor Kesihatan/Pengawal Pemakanan, Pegawai Penguatkuasa Halal, Pengurus restoran, Pengurus Peruncitan Makanan.
PELUANG MENYAMBUNG PENGAJIAN :-
– Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Halal KUIS / UiTM (lulus Bahasa Arab SPM) atau Ijazah Pengurusan, Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perkhidmatan Makanan [UiTM], Sarjana Pentadbiran Muamalat (Produk Halal) [USIM], Sarjana Pengurusan Produk Halal [UPM, Doktor Falsafah (PhD) Industri Halal [UIAM] dan lain-lain.
* Syarat kemasukan – Lulus SPM dengan 3 kredit kepujian dalam mana–mana subjek dan LULUS Matematik & Bahasa Arab (Syarat Lulus Bahasa Arab akan diganti dengan SIJIL INTENSIF BAHASA ARAB bagi pelajar yang tidak mengambil Bahasa Arab peringkat SPM)


Akidah Islamiyyah
Pengantar Halal dan Haram dalam Islam
Ko-kurikulum
Bahasa Arab Perdagangan I
Principle of Management
Fundamentals of Information Technology

Usul Fiqh
Bahasa Arab Perdagangan II
Business Communication I
Bahasa Kebangsaan
Pengantar Pemikiran Kritis dan Kreatif
Asas Keusahawanan
Fundamentals of Halal Industry
Halal Law and Regulations

Qawaid Fiqhiyyah
Business Communication II
Fiqh Al-Tathir
Sanitation and Hygienic Practice
Halal Quality and Certification Procedure
Etika dan Moral di Malaysia

Introduction to Halal Ingredients in Food Processing
Halal Slaugthering
Pengajian Malaysia 2
Fiqh Muamalat
Islamic Organizational Behavior
Islamic Financial System

Supplementary Operation in Processing Halal Ingredient
Halal Industry Services
Halal Cosmetics and Pharmaceuticals
Halal Internal Auditing
Ekonomi Islam
Halal Marketing
Khidmat Sosial

Latihan Industri
