Maklumat Utama
Antara salah satu aspek yang sangat penting di dalam sektor pelancongan adalah kemampuan industri untuk memberikan pengalaman yang mengasyikkan sewaktu melancong di dalam dan di luar negara. Melalui program ini, pelajar dapat memperolehi pengetahuan asas serta kemahiran yang mereka perlukan untuk bekerja di dalam industri dan pengetahuan tambahan dalam bidang Pelancongan Mesra Muslim.
Pelajar juga bakal mempunyai kemahiran dalam pengurusan seperti dalam bidang pemasaran, sumber manusia, kepimpinan dan kemahiran menggunakan komputer. Selain itu, pelajar juga berpeluang untuk melawat tempat-tempat pelancongan di dalam negara.
Program ini dijalankan selama 6 semester dalam tempoh masa 3 tahun merangkumi pelbagai kursus seperti penginapan, makanan, pelancongan extreme dan rekreasi, pengurusan acara, pengangkutan, tempat tarikan, perkhidmatan pelancongan dan perniagaan berkaitan pelancongan.
Prospek Kerjaya
PELUANG KERJAYA :
Sektor ini menawarkan peluang kerjaya yang baik memandangkan industri ini telah
berkembang pesat dan popular. Industri ini memerlukan generasi muda dan dinamik
serta berpengetahuan dan berkemahiran.
- Bidang Kerjaya merangkumi sektor Pelancongan, Industri Restoran, Perkhidmatan Terurus, Pengurusan Penginapan.
PELUANG MENYAMBUNG PENGAJIAN :-
- Boleh menyambung ke Ijazah Pengurusan Pelancongan atau mana-mana program
berkaitan dengan pengurusan hospitaliti di Universiti Awam atau Swasta.
* Syarat kemasukan - Lulus SPM dengan 3 kredit kepujian dalam mana-mana subjek
- (** Pelajar muslim sahaja).
Tasawur Islam
Introduction to Economics
Arabic Language (Business) I
Principle of Marketing
Principle of Management
Business Communication I
Etika & Moral di Malaysia
Computer Application in Business
Bahasa Arab II /Mandarin Pelancongan
Ko-kurikulum II
Tourism in Malaysia
Travel & Tour Operations
Tourism Professional Development
Recreational Tourism
Principles of Tourism Marketing
Front Office Operation
Tour Guiding Principles
Tourism Communication I
Pengajian Malaysia
Fiqf Al-Safar
Visitor Interpretation Techniques
Event Management
Tourism Geography
Hosting Muslim Travellers
Tourism Entrepreneurship Development
Tourism Communication II
Pengantar Pemikiran Kritis dan Kreatif
Tourism Law
Community Based Tourism
Etika dan Moral di Malaysia
Tourism Project
Khidmat Sosial
Global Distribution System
Latihan Industri
