Kolej UNITI Port Dickson
06 -6020303
admin@jommasukuniti.com

Tentang Kami

Kejayaan Anda Bermula Di Sini..

25 tahun dalam arena pendidikan dan IPT khususnya KOLEJ UNITI terus mengorak langkah menempa nama demi mendidik anak bangsa. 

PENGENALAN

Kolej UNITI Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 27 Januari 1997. Selama 22 tahun beroperasi sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta.

Terletak di Port Dickson Negeri Sembilan dan kampus kedua terletak di Kota Bharu Kelantan, Kolej UNITI telah menyediakan prasarana yang sesuai untuk pelajar melanjutkan pengajian diploma.

Menyediakan asrama penginapan berhampiran dengan pantai, dan dekat dengan kampus bagi memudahkan pelajar. Kemudahan lain seperti kiosk, kafe dan kedai koperasi turut disediakan.


Mempunyai 17 program diploma dengan 3 fakulti iaitu Fakulti Pendidikan & Pembangunan Manusia (FPPM), Fakulti Pengurusan & Industri Halal (FPIH) dan Fakulti Teknologi & Kejuruteraan (FTK). Kesemua program di Kolej UNITI diiktiraf sepenuhnya oleh MQA , KPM & JPA.


Kolej UNITI telah memenuhi standard My Quest 6 bintang dengan pelajar yang rata-rata nya mendapat pekerjaan di dalam bidang,

PELAJAR BERGRADUAT

Sehingga kini, Kolej UNITI telah menghasilkan lebih daripada 10000 graduan menerusi pelbagai program yang ditawarkan.

KOLEJ KEUSAHAWANAN PERTAMA 

Kolej UNITI yang dikenali sebagai Kolej Keusahawanan Pertama di Malaysia sentiasa mendorong pelajar untuk terampil dalam bidang perniagaan di samping pembelajaran bagi melatih mereka untuk kreatif dan berinovasi sebagai alternatif untuk mereka belajar sambil cari duit poket selain menjadi nilai tambah kemahiran yang mereka ada.

Untuk merealisasikan misi dan visi Kolej UNITI telah memperkenalkan beberapa inisiatif dengan mewujudkan 3 Institusi iaitu Tadika & Taska UNITI, UNITI Halal Centre (UHAC) dan UNITI Open Source (UOSI), dan UNITI BRICK.

BIMBINGAN SEPANJANG HAYAT

Bahagian Hal Ehwal Pelajar Kolej UNITI (HEP) juga memberi ruang kepada pelajar untuk sentiasa bersedia dan berkepimpimpian tinggi dengan mewujudkan beberapa kelab dan persatuan pelajar,

Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) dan konsultasi Unit Kaunseling & Bimbingan Kerjaya juga ada disediakan khas untuk pelajar-pelajar Kolej UNITI.