Sungguh...
Ini untuk mak dan ayah..

Terima kasih mak dan ayah kerana tak pernah berhenti mendidik anakmu ini. Ketika semua orang memandang keputusan SPM aku dengan pandangan sebelah mata, sehingga aku sendiri rasa terumbang-ambing tidak tahu hala tujuan, mak dan ayah tidak pernah berputus asa untuk melihat kejayaanku.

Hari ini, ketika aku menyarungkan jubah ini dan mendengar namaku dipanggil untuk menerima segulung diploma, tidak ada yang lebih gembira selain daripada memandang kedua orang tua yang sama tersenyum melihat aku naik ke pentas. Kejayaan ini untuk mak dan ayah. Doakanlah anakanda mu ini terus gagah mengorak langkah untuk lebih berjaya selepas ini.

Alhamdulillah, kejayaan yang aku kecapi hari ini merupakan usaha keras dan doa dari ibubapaku serta tunjuk ajar daripada para pensyarah yang telah banyak memberikan semangat untuk aku terus berusaha hingga ke hari ini.

 Aku berasa sangat terharu bercampur sebak apabila dinobatkan sebagai pelajar terbaik program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak di hari konvokesyen yang lalu..

Sungguh ,ini untuk mak dan ayah..Alhamdulillah!

Penat lelah aku selama ini terbayar dengan segulung diploma . Insha Allah, lepas ni aku akan merealisasikan hasrat mak dan ayah untuk melihat aku menjadi seorang guru..

Tapi aku ingat nak kumpul duit dahulu, aku tak nak susahkan mak ayah aku.. Kenangan demi kenangan tergambar di kotak fikiranku tatkala aku bersendirian. Bila mengimbau kenangan dahulu, pasti aku merindui kakak-kakak senior dan kawan-kawanku yang banyak membantu aku. Tak lupa juga kepada pensyarah-pensyarah Kolej UNITI yang banyak membimbing aku sehingga hari ini . 

Terima Kasih Allah! 

Terima kasih Mak Ayah!

Terima kasih semua..!

Alhamdulillah aku telah dianugerahkan dengan Anugerah Kepimpinan & Anugerah Pelatih Cemerlang.

~Hasmirawati Desa Alumni Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Kepada adik-adik yang berminat untuk sambung belajar dalam bidang Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak ni jangan tangguh-tangguhkan lagi. 
Inilah masanya untuk anda menunaikan hasrat mak ayah anda yang inginkan anda menjadi seorang pendidik
.
.
PENDAFTARAN Bagi Sesi 2021 DIBUKA SEKARANG!!!!!
Boleh terus isi borang di sini:
Upload your SPM result here
Play Video

Apa kata Alumni....

“Saya sangat suka kan kanak-kanak ..Saya seronok melihat sendiri perkembangan tumbesaran mereka di sini.. Sudah tentu saya aplikasikan semua yang saya belajar semasa mengambil Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (DPAKK) di Kolej UNITI..
SITI NOR HASLINA BAKAR
CIKGU TADIKA KEMAS
“Saya bangga menjadi pelajar dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak kerana ia melayakkan saya untuk mencapai ke tahap ini sebagai seorang pensyarah di IPT..”
AMIRUL ASYRAF

JomMasukUNITI 2022. All rights reserved

 [quickwhatsapp_chat]