Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Maklumat Utama

Merupakan bidang yang mempunyai kebolehpasaran yang tinggi dalam sektor industri mahu pun akademik yang berkaitan dengan perkembangan kanak-kanak. Program ini adalah hasil gabungan semua pengetahuan yang merangkumi pelbagai bidang terutamanya dalam pendidikan dan penjagaan awal kanak-kanak yang menyentuh perkembangan psikologi, pengurusan, keusahawanan dan disiplin lain.

Pembelajaran secara teori juga praktikal yang aktif memberikan nilai tambah dan kemahiran kepada pelajar untuk memahami amalan dan aplikasi sebenar di industri kanak-kanak. Kurikulum Diploma Pendidikan dan Asuhan Awal Kanak-Kanak direka sesuai dengan teknik pengajaran kreatif juga meraikan fitrah kanak-kanak dalam konsep perkembangan menyeluruh.

Prospek Kerjaya

Bidang kerjaya merangkumi sektor Pendidikan/Asuhan, Keusahawanan (Tadika/Taska),
Pengurusan Pendidikan, Psikologi Kanak-kanak, Pelukis atau penulis buku cerita kanak-
kanak, Pereka alat bantu mengajar dan permainan kanak-kanak, Penolong pegawai
pendidikan,Penolong pegawai kebajikan masyarakat (kanak-kanak).


PELUANG MENYAMBUNG PENGAJIAN :-

- Boleh sambung ke peringkat ijazah Pendidikan Awal Kanak-kanak di UKM, UPSI, UNITAR,
UMS, KUIS, KUIM, MSU dan lain-lain.

*Syarat kemasukan TIGA (3) kredit mana-mana mata pelajaran

  • Basic English
  • Etika dan Moral
  • Pengenalan Teknologi Maklumat
  • Pengenalan Kepada Falsafah & Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak
  • Pengenalan Kepada Teori Perkembangan Kanak-kanak
  • Isu-isu Semasa Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak
  • Intermediate English
  • Pengajian Malaysia 2
  • Pendekatan Bermain Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak
  • Pengurusan & Pentadbiran Pendidikan Awal Kanak-kanak
  • Asas-asas Pendidikan Islam & Moral Awal Kanak-kanak
  • Merangsang Sosio Emosi Awal Kanak-kanak
  • Bahasa Kebangsaan / Pengantar Pemikiran Kreatif dan Kritis
  • Professional Communication
  • Pendidikan Nutrisi, Kesihatan & Keselamatan Kanak-kanak
  • Aplikasi Teknologi dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak
  • Penyediaan Pusat Jagaan/ Asuhan Yang Berkualiti
  • Penjagaan Bayi dan Kanak-kanak yang Berkualiti
  • Ekspresi Seni & Kreativiti Kanak-kanak
  • Pendidikan Sains & Numerasi Awal Kanak-kanak
  • Perkembangan Bahasa & Literasi Awal Kanak-kanak
  • Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak
  • Merangsang Perkembangan Fizikal Awal Kanak-kanak
  • Khidmat Sosial
  • Pengesanan Kanak-kanak Berkeperluan Khas
  • Mengurus Tingkah Laku Kanak-kanak
  • Penyeliaan Dalam Persekitaran Awal Kanak-kanak
  • Amalan Musikal Dalam Meningkatkan Perkembangan Kanak-kanak
  • Merangsang Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
  • Keusahawanan
  • Latihan Industri

Kelebihan Program

Program ini mempunyai inisisatif ARTERA sebagai satu solusi kepada tadika digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran secara sistematik berasaskan bermain sambil belajar.

Pelajar yang mengikuti program ini akan didedahkan dengan kemahiran mengendalikan ARTERA sebagai kaedah dalam pembelajaran.

Alumni Kami